18 Nov 2016

WATERPROOF PILLOW by Hummy Lovey | Inovasi Bantal Kalis Air Yang Selesa Dipeluk

Salam and hi all (n_n)
Yuhuuuuu~ pastinya agak ralat kalau bantal yang kita dah tempah cantik-cantik dan bayar mahal-mahal, tetiba adik tertumpahkan air kat bantal tu kan?? Nak basuh pun belum tentu boleh hilang 100%. Nak marah adik, nanti mak marah pula, hahaha. Sungguh mengecewakan! 

Oleh sebab itu, Hummy Lovey telah mengeluarkan sejenis bantal yang WATERPROOF dan tahan lasak! Sampai boleh rendam dalam air tanpa rasa was-was gitu haa. Even korang nak mandi pun boleh bawak bantal ni, haa mandilah kau sambil peluk bantal.

Sebab apa? Sebab bantal waterproof ini dibuat daripada material tarpaulin yang memang terkenal dengan sifat tahan lasak dan kalis air nya :D

Tak pernah dibuat orang buat bantal guna material tarpaulin kan?

TAPI HUMMY LOVEY DAH CUBA! Dan ternyata ia menghasilkan suatu produk yang cukup menarik dan unik! Tak percaya? Jom tengok antara hasil yang kami dah buat dan yang telah ditempah oleh customer :)

Tempahan Waterproof Pillow Hummy Lovey






Sesungguhnya sangat puas bila dapat print gambar sepenuh sebijik bantal tanpa batasan penggunaan warna kan? Ya, itulah kepuasan yang Hummy Lovey berikan kepada anda melalui Waterproof Pillow kami ini.

Ada orang tanya, tak panas ke bantal ni?

Jujurnya, saya dah buat beberapa bijik Waterproof Pillow ni untuk di-eksperimen-kan, termasuklah eksperimen menjadikan ia bantal kepala di studio kraf saya ni. Tengah-tengah malam tengah buat kerja tapi terasa agak mengantuk, try nak tidur kejap guna Waterproof Pillow ni, haa amek kau nyenyak betul. Serius memang nyenyak habis, dan tak panas. Ia juga selesa dipeluk, sejukkk je (n_n)

So, itu saja pendedahan setakat ini tentang Waterproof Pillow ni.
Next Update:
1. Ready-design untuk waterproof pillow dengan harga hanya RM25
2. Pencarian ejen jualan dengan komisen RM5 bagi setiap pillow yang terjual

Doakan kejayaan kami, insyaAllah (n_n) Amin~

Tempahan Doodle Fridge Magnet & Keychain Yang Comel

Salam and hi all (n_n)


Hari ni nak update pasal tempahan keychain dan fridge magnet pula. Asyik update pasal pillow je kang boring pulak ye tak? Hehe.. so untuk tempahan ini, customer pilih nak jenis doodle yang hand-drawn di atas fabric yang kelihatan rustic ini.


Customer nak jadikan ia keychain dan fridge magnet, so jadilah ia seperti ini! Comel tak? (n_n)

Untuk keychain, coraknya depan belakang tau. Belah belakang doodle penuh macam kat fridge magnet tu, belah depan tulis nama dan sedikit corak hiasan (n_n)



Aloo tomey tomeynye dia duk terlekat kat pasu besi tu~ Hahaha tak malu sungguh sendiri buat, sendiri puji, kan?

Hihihi, apapun kalau ada antara korang-korang yang comel nak jugak order keychain / magnet ni, segeralah PM saya di FB Hummy Lovey atau email saya di lynndamya@gmail.com ya :D Terima kasih sudi baca :)

P/s: item ini sesuai sangat untuk buat doorgift!


Koleksi Tempahan Bantal Felt 2016 by Hummy Lovey

Salam and hi (n_n)
Tahun 2016 pun dah nak sampai ke penghujungnya tapi saya barulah nak meng-update bantal-bantal baru yang ditempah oleh customer sepanjang tahun ni kan. Hahaha~ so jom saya kongsikan antara design-design bantal felt comel yang terhasil pada tahun 2016 ni, berserta harganya sekali! (n_n)

Bantal Hari Jadi dengan karakter kartun besar (RM45)
Saiz: 10 x 16 inchi

Bantal custom dengan karakter kartun besar (RM50)
Saiz: 10 x 17 inchi

Bantal custom dengan karakter kartun besar (RM50)
Saiz: 10 x 17 inchi

Bantal custom kepala Detective Conan (RM40)
Saiz: 12 x 12 inchi

Bantal donut (RM60 - 15 x 15 inchi)
Bantal custom kiri dan kanan (RM40 - 12 x 12 inchi)

Bantal 2nd Batch Meow (RM50)
Saiz: 10 x 17 inchi

Haa...cukuplah dulu ek? Haha apapun semua kualitinya dijamin terbaik sebab saya seorang yang amat teliti dalam bab-bab jahitan macam ni. Jadi jangan risau tentang kekemasan finishing pillow, dan yakinlah untk order dengan Hummy Lovey. Chewahh~ :p

Untuk sebarang tempahan, pm saya di FB Hummy Lovey / email di lynndamya@gmail.com. Wassap belum ada sebab belum ganti fon yang rosak before ni. wuwu T_T.. harap maaf :(

P/s: saiz pillow saya semua sedap dipeluk, saiz nya huggable lah kata omputih, hehehe :D