30 Aug 2013

4 Cara Effektif Untuk Memperkenalkan Hasil Kraf Anda

Salam semua. Setelah saya berkongsikan tips untuk memulakan bisnes kraf, kali ni saya
sambung dengan cara-cara nak memperkenalkan / mempromosikan hasil kraftangan kita.
Masa saya mula-mula nak strat bisnes dulu, memang segan dan saya tak reti nak cakap
pasal kraftangan saya, sebab takut orang cakap saya berlagak. Hahaha, jadi, saya buat
macam ni :-

1. Buat Sampel Produk

2. Ambil Gambar Cantik-cantik & Jelas
Saya selalu ambil gambar semasa proses pembuatan, dan proses selepas siap sepenuhnya

PROSES
SIAP !
3. UPLOAD LAHHH !!! :D
Dah lepas shooting gambar cantik-cantik, apa lagi..upload lah dalam laman-laman sosial
anda seperti FB, Blog, Tweeter, Instagram dan sebagainya. :D

4. Bagi sampel tadi pada pakwe korang ke, pada bestfriend korang or sedara-mara
SECARA PERCUMA !!
Percuma itu penting sebagai langkah mempromosikan produk anda. Tapi, nak bagi percuma
pon jangan ketara sangat, sebab nanti yang lain berkecil hati pula sebab tak dapat juga. Jadi,
bagi lah pada hari jadi mereka, or hari-hari istimewa untuk mereka. Bagitahu, itu handmade
daripada anda, khas untuk mereka. Haha :D

Percaya atau tidak, langkah ini akan membuatkan produk anda tersebar dari mulut-ke mulut,
dan secara tak langsung telah membantu anda mempromosikan hasil kraf anda tu. Siapa tahu,
ada antara mereka yang berminat dan nak tempah daripada anda kan?? :)

Okay, itu saja. Harap bermanfaat untuk semua.
Terima kasih (n_n)


1 comment:

SAMIQA ♥ said...

Sangat berguna tips ini !! :)