30 Aug 2013

6 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Memulakan Bisnes Kraf



Salam semua. Ada beberapa kenalan saya yang bertanya macam mana nak memulakan
perniagaan kraftangan, macam yang saya sedang buat sekarang ni? Memang ramai
yang minat nak menceburi bidang ni, tapi tak tahu macam mana nak mula. Jadi, dengan
rasa rendah diri, saya nak berkongsi sedikit tips untuk anda yang baru nak berjinak-jinak
dengan perniagaan kraftangan ini. Teruskan membaca ya ! :D

6 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Memulakan Bisnes Kraf

1. Jual apa ???
Penting untuk anda menetapkan dulu apa produk yang anda nak buat dan jual. Tetapkan
dalam 3 produk sahaja dulu, sebagai permulaan. Saya bagi satu contoh, jual keychain kraf.

2. Kenali Materialnya
Ini penting supaya anda tidak tersilap membeli alatan / material untuk produk anda. Rajinkan
diri untuk buat research di internet / buku-buku kraf, fokuskan pada bahagian alatan, bahan
dan material yang digunakan. Kenali nama-nama material itu, contoh, untuk membuat
keychain handmade tu, anda perlu tahu apa yang digunakan untuk membuat keychain itu. :)
Saya bagi contoh, keychain ring.(penggantung keychain)

3. Cari Supplier
Bila dah kenali material-materialnya, mulakan dengan mencari supplier yang membekalkan
material itu. Sekarang dah mudah, search je di internet, semua list keluar. Contoh, anda
perlu cari keychain ring, so search di internet. Cari supplier dalam negara dulu (Malaysia)
Cari banyak-banyak, rajinkan diri untuk salin link-link supplier tersebut, tanya harga,
kemudian bandingkan harga, kuantiti, dan lain-lain dan buat pilihan yang bijak. Pastikan
pilihan supplier anda itu berbaloi dipilih !

4. Beli beragak-agak
Bila dah dapat supplier, beli dengan beragak-agak supaya tidak lari modal. Kalau modal
sikit, belilah sikit dulu, kemudian boleh pusing balik duit untung yang dapat tu, untuk
bayar modal, secara berkala.

5. Kembangkan idea
Ramai 'crafter' yang terlupa langkah ini / memandang remeh hal ini. Mereka lupa untuk mengembangkan idea, lupa untuk menghasilkan produk-produk baru yang belum dibuat
orang. Hasilnya, produk mereka lebih kurang sama dengan produk yang lain, kerana hanya
meniru produk orang lain sahaja.

Cara untuk mengembangkan idea :

i. Buat research
Contohnya, research keychain yang telah dibuat oleh 'crafter' lain.
Lihat produk dari crafter dalam negara dan juga luar negara. Belajar cara jahitan, cara
corak / pattern disusun, lihat gabungan warna yang digunakan, lihat apa yang dijadikan
sebagai keychain.

ii. Eksperimen
Daripada apa yang anda dah research dan belajar tu, cuba gabungkan idea-idea dan lihat
hasilnya. Tak jadi tak apa, dah nama pun eksperimen kan~ Hehe :) Boleh try lagi. Kena
ingat, 'lagi tak ramai orang buat, lagi rare & unik produk tu'

6. Buat !
Selepas 5 langkah di atas dibuat, ini menjadi langkah wajib untuk anda, iaitu buat dan
hasilkan produk kraf anda.

7. Tetapkan Harga
Harga terpulang kepada anda dan biarlah berpatutan dengan produk anda. Jangan terlalu
murah pula sampai tak balik modal, dan jangan pula terlalu mahal, harga juga perlu
disesuaikan mengikut sasaran golongan pembeli anda (target audience)

Kemudian, ia boleh lah dipromosikan melalui media internet yang memang sedia maklum
sangat berkesan untuk mempromosika perniagaan anda. Dan, untuk mempromosikannya
juga, ada cara-caranya (KLIK) ya ! Hehe..

Jadi itu saja, semoga bermanfaat untuk yang berkenaan.
Terima kasih (n_n)


5 comments:

Anonymous said...

salam..saya pun teringin nak buat bisnes macam ni..dah pernah try buat tapi tak berapa kemas..

sy nak tanye la kan..kalau cam ada part tu susah nak jahit or tak cantik kalau nampak jahitan, nak buat macam mana ye?gam terus ke?

Lynn Damya said...

Wassalam, produk felt sy semua mmg jahit tgn..ikut kalau yg kecik2 je sy gam, klw besar2 mmg sy jahit..kena fikirkan cara yg boleh mudahkan proses jahit..ikut naluri hati..hehe :)

Anonymous said...

bagaimana nk mulakannya untuk dapat duit bisness sendiri ... :)

Anonymous said...

Bagaimana nk mulakannya

Ulin Craft said...

Entry yang sungguh bermanfaat. Jemput singgah http://ulin-craft.blogspot.my/