Facebook yang belum dapat buat tempahan bantal pada saya ya. Memang bulan 10
ni saya ala-ala 'Tragedi Oktober' sikit, hahah..banyak problem dan ujian yang menimpa.
Sebab tu kena tutup tempahan, saya tak boleh nak fokus buat bantal, kang lain jadinya.
Nak buat benda comel, kena mood comel, kalau tak, hasilnya tak memuaskan hati...hehe :)
Dan dalam tempoh tutup tempahan tu jugak, saya terfikir nak guna kain cotton untuk
gantikan kain felt, sebagai material utama untuk buat bantal kraf saya. Dan saya dah pun ber'eksperimen'tasi (huyooo) dengan kain2 tersebut.
Hmmm...secara personal, memang saya tak suka hasilnya, sebab jahitan tangan saya
'tersembunyi', dan bantal nya pon macam entahlah, tak feel lah bila buat dan bila tengok
yang dah siap. Saya dapat rasa yang saya tak seronok nak menjahit guna kain cotton,
sebab hasilnya macam tak kemas dan value handmade itu kurang.
Tapi, saya akan sertakan gambar kat sini untuk korang nilai sendiri, mana yang lagi
best dan okay!
Perbezaan Jahitan Tangan Saya Pada Cotton & Felt :
Okay, lihat secara kasar dulu. 3 bijik buntal yang sebelah kiri adalah 'buntalan' yang guna felt.
Dan yang sebuntal kat sebelah kanan yg berminion-minion tu guna fabric.
(sila jangan nilai ikut kecomelan bantal ye, haha)
1. Bantal felt lebih solid, dan tak kemek-kemek, tapi bantal cotton macam
kemek-kemek tak cantik, pastu senget-senget pulak..coraknya pun ketepi-tepi
haa..wuwuwu :( korang okay kah?
2. Jahitan insang pari pada felt, lebih kemas dan jahitan tu nampak sebab ia dijahit
pada belah luar bantal. So, nilai handmade tu boleh dilihat :)
berbanding jahitan pada kain cotton, saya terpaksa jahit daripada dalam dan kemudian
terbalikkan semula, untuk isi kapas. Lepas tu, bila dah isi kapas sampai kembung, kain
cotton belah tepi tu akan tertarik dan mula menampakkan jahitan2 sumbang tu..ada
part yang nampak jahitan dan ada yang tak. wuwuwu...saya kena marah dengan mak
pasal benda ni, sebab nampak tak cantik. T_T wuwuwu~
Korang okay ke?
Owh ya, saya ada jugak ber'eksperimen' try hasilkan teddy meow saya tu guna kain cotton ni.
Meow versi felt Meow versi cotton (belum ade muka)
Ini apa yang saya belajar daripada situ :
1. Meow Cotton, bahagian tangan dan telinganya kena buat drp felt jugak
2. Meow Cotton, boleh jadi lebih comel, sebab cotton banyak pattern, warna dan
corak yang menarik !
3. Meow Cotton, lebih sedap peluk sebab kain cotton mesra dipeluk~ hahaha :p
4. Tapi, hasilnya TAK AKAN secantik dan sekemas Meow Felt yang lebih solid
dan kemas.
Jadi, versi Meow ini, saya masih sedang bereksperimen lagi, sama ada tangan tu boleh
dibuat atau pun tidak. Kalau dalam masa terdekat ni, MUNGKIN saya akan buat Meow
Cotton yang takde tangan, dengan harga yang lebih murah, still boleh tulis2 nama ya....
tp itu coming soon~
Okay ! Saya dah bagi laporan tentang eksperimen saya guna felt dan cotton,
masing2 ade pro contra, dan anda sebagai pembeli masing2 punya citarasa yang
lain2 kan ;) So, untuk buat tempahan nanti, korang boleh pilih, untuk pilih kain
cotton (buat masa ini hanya ada warna plain sahaja) atau pun kain felt seperti yang
Hummy Lovey guna sebelum ini.
Sekian, selamat bershopping dan terima kasih kerana menyokong Hummy Lovey (n_n)
Untuk maklumat harga bantal, sila klik harga bantal
4 comments:
Kalau Nurrul prefer felt.. :)
Terima kasih atas perkongsian infonya.
Good job! Keep it up.
Jemput singgah ke blog saya http://sihat-cantikmulus.blogspot.com/
Mane nk dpt kain2 ye?
betul3...felt lg kemas n cantikk,,, :P
Post a Comment