28 Oct 2013

Perkembangan Hummy Lovey Setakat Ini :D

Salam semua. Untuk makluman semua, saya dah pun membuka tempahan
pada 24 Oktober yang lalu. Dan Alhamdulillah, ramai yang kembali support
saya dan membuat tempahan handmade pillow dengan 'ganassszzz' sekali !
Hahaha..terkejut saya, tak sangka makin ramai yang tahu tentang craft saya
ni. :D Gembiranya rasa !

Dalam pada saya buka tempahan itu juga, Alhamdulilah, 'likers' saya semakin
bertambah, bertambah dan bertambah ! Itu perkembangan menarik dan positif
untuk saya :D

Dan tetapi sekarang, tempahan yang ditempah dan perlu diposkan pada bulan
November juga telah penuh. Rezeki melimpah-limpah sampai ada tempahan
yang saya terpaksa tolak. Sedih juga bila customer rasa kecewa sebab tak
dapat order..tapi, nak buat macam mana. Saya tahu limit saya, sebab tu saya
tak terima juga, naya je kalau terima tapi tak dapat poskan on time before
dateline..

Baik tolak sikit rezeki tu, at least kita dapat jaga reputasi bisnes kita sendiri kan?
:) Dan memang saya akui, bermacam-macam jenis perangai customer, tapi saya
Alhamdulillah okay je ! Hehe..kalau mereka tak ramah, kita yang kena ramah
dulu... macam saya, bila discuz dengan customer tentang tempahan mereka, saya
banyak gelakkkk je haa~ padahal tak kelakar mana pon~ (-_-')

Haha..

Owh ya, sekali lagi untuk makluman, saya ini bekerja tetap sebagai graphic
designer, dan bisnes ini hanyalah part time saya. Ada yang mempertikaikan kenapa
saya tak boleh nak buat cepat sikit pillownya, dan ada yang ragu-ragu dengan saya
macam saya sengaja taknak terima tempahan mereka..

Bukan macam itu, awak-awak sekalian :( Saya cuma buat apa yang saya mampu.
Saya balik kerja jam 6.00 petang, seminggu kerja 6 hari, jadi waktu saya betul-betul
free hanya hari Ahad.

Waktu saya menyiapkan tempahan-tempahan anda adalah malam-malam, dalam jam
10 / 11 malam. Sebab lepas balik kerja jam 6 petang tu, saya kena pergi pasar malam
tolong parents berniaga sampai jam 9 lebih. Jadi, harap faham ya, kenapa proses
pembuatan pillow di Hummy Lovey ni agak lembap sikit berbanding dengan crafter2
yang lain :(

Hehe tapi apa pun, saya akan buat yang terbaik untuk anda, customer2 dan supporter2
saya sekalian. Terima kasih banyak2 saya ucapkan ! (n_n)

Tanpa anda, siapalah saya...tanpa penghargaan anda, ke manalah Hummy Lovey ini.
Hehehe..take care !

:D

No comments: