Showing posts with label LATEST 2013 INFO ABOUT US. Show all posts
Showing posts with label LATEST 2013 INFO ABOUT US. Show all posts

28 Oct 2013

Perkembangan Hummy Lovey Setakat Ini :D

Salam semua. Untuk makluman semua, saya dah pun membuka tempahan
pada 24 Oktober yang lalu. Dan Alhamdulillah, ramai yang kembali support
saya dan membuat tempahan handmade pillow dengan 'ganassszzz' sekali !
Hahaha..terkejut saya, tak sangka makin ramai yang tahu tentang craft saya
ni. :D Gembiranya rasa !

Dalam pada saya buka tempahan itu juga, Alhamdulilah, 'likers' saya semakin
bertambah, bertambah dan bertambah ! Itu perkembangan menarik dan positif
untuk saya :D

Dan tetapi sekarang, tempahan yang ditempah dan perlu diposkan pada bulan
November juga telah penuh. Rezeki melimpah-limpah sampai ada tempahan
yang saya terpaksa tolak. Sedih juga bila customer rasa kecewa sebab tak
dapat order..tapi, nak buat macam mana. Saya tahu limit saya, sebab tu saya
tak terima juga, naya je kalau terima tapi tak dapat poskan on time before
dateline..

Baik tolak sikit rezeki tu, at least kita dapat jaga reputasi bisnes kita sendiri kan?
:) Dan memang saya akui, bermacam-macam jenis perangai customer, tapi saya
Alhamdulillah okay je ! Hehe..kalau mereka tak ramah, kita yang kena ramah
dulu... macam saya, bila discuz dengan customer tentang tempahan mereka, saya
banyak gelakkkk je haa~ padahal tak kelakar mana pon~ (-_-')

Haha..

Owh ya, sekali lagi untuk makluman, saya ini bekerja tetap sebagai graphic
designer, dan bisnes ini hanyalah part time saya. Ada yang mempertikaikan kenapa
saya tak boleh nak buat cepat sikit pillownya, dan ada yang ragu-ragu dengan saya
macam saya sengaja taknak terima tempahan mereka..

Bukan macam itu, awak-awak sekalian :( Saya cuma buat apa yang saya mampu.
Saya balik kerja jam 6.00 petang, seminggu kerja 6 hari, jadi waktu saya betul-betul
free hanya hari Ahad.

Waktu saya menyiapkan tempahan-tempahan anda adalah malam-malam, dalam jam
10 / 11 malam. Sebab lepas balik kerja jam 6 petang tu, saya kena pergi pasar malam
tolong parents berniaga sampai jam 9 lebih. Jadi, harap faham ya, kenapa proses
pembuatan pillow di Hummy Lovey ni agak lembap sikit berbanding dengan crafter2
yang lain :(

Hehe tapi apa pun, saya akan buat yang terbaik untuk anda, customer2 dan supporter2
saya sekalian. Terima kasih banyak2 saya ucapkan ! (n_n)

Tanpa anda, siapalah saya...tanpa penghargaan anda, ke manalah Hummy Lovey ini.
Hehehe..take care !

:D

4 Jan 2013

Hummy Lovey new looked !

Hai all. Akhirnya, setelah bertungkus-lumus aku membahagikan masa
antara kerja, menjahit dan men-design, siap juga identity design untuk
Hummy Lovey ni. Apa yang baru?

Semua ! Daripada logo, konsep design, label packaging, Fb cover dan
business card semua bertukar mengikut konsep baru yang aku buat tu.
Dah lama terfikir nak brandingkan Hummy Lovey ni tapi sekarang baru
sempat. Jadi, aku mempersembahkan pada korang :

Hummy Lovey - male your gift different from the others



Logo baru Hummy Lovey. Memang saja aku design complicated sebab
aku ter'inspirasi' dengan vintage style yang jenis banyak-banyak tulisan tu.

Ini design business card Hummy Lovey yang baru.

Okay ini pula semua Hummy Lovey design yang sudah diprint punya :)

Ini label design untuk produk Hummy Lovey :


Setiap produk yang dibeli akan diikat dengan benang besar dan akan
diselitkan dengan label ini, macam ni :

Kira label ini juga berfungsi sebagai kad ucapan terima kasih kepada
customer sebab percayakan aku/Hummy Lovey untuk membuat
hadiah mereka :)

Ini pula Label Design untuk Special Item Hummy Lovey sahaja. Item-
item special ini juga coming soon :) Hehe



Watermark juga dah lain, hehe :) (atas;kanan)


Okay itu saja. Lepas ni banyak lagi nak buat, masih mencari masa untuk
teruskan penjahitan bantal dan upgradekan Hummy Lovey. Terima kasih
pada yang support aku dan Hummy Lovey. Anda sangat berharga~ Hehe

TAPI ! Tapi................aku masih belum boleh membuka tempahan sebab
masih banyak tempahan yang sedang menunggu untuk bulan Jan & Feb
ni. Harap maaf :(


13 Dec 2012

Proses Pembuatan Bantal Akan Slow Down, sebab...


Hai all :)
Firstly, nak mintak maaf atas penggunaan kata ganti diri
'aku' dalam entry di blog ini ya. Dah terbiasa, hehe

Hari tu, aku dah maklumkan dekat page bahawa aku maybe
akan bekerja dan akan menutup sebarang tempahan bantal.
Dan waktu tu, belum confim dapat kerja ke tak kan, so aku
still ambil tempahan bantal untuk bulan December.

Dan aku dah masuk kerja start 1 Dec hari tu, jadi hanya 4
orang customer sahaja yang sempat membuat tempahan.
Total semua bantal ialah 6 bantal untuk bulan December ni.

Jadi, aku nak minta maaf banyak-banyak-banyak sebab...

1. Tempahan bantal untuk bulan December akan ada yang
dapat lambat, kecuali bagi yang ada dateline, akan disiapkan
segera sebelum tarikh dateline.

2. Terpaksa menutup sebarang tempahan untuk bantal,

teddy dan sebagainya :( Maaf sangat-sangat. Sebab yang buat
aku sorang, dan aku tak boleh nak buat onthespot sebab aku
beli barang ikut order. So, kalau ada yang tiba-tiba datang order,
memang aku takde stock dan tak boleh siap onthespot juga :)

3. Terpaksa menutup tempahan sebab aku takut tak sempat

siap. Takpelah rugi sikit, daripada aku buat customer aku
marah kan :) Sorry ya :)

Okay, itu saja...Harap semua likers and customer dapat faham ya.
Sebab aku dah bekerja tetap sekarang ni, dan buat bantal ni kira
jadi hobi dan side income saja bila ada masa lapang :)

Tapi, apa-apa pun, aku akan tetap update di page kalau tiba-tiba aku
rasa aku boleh bukak order okay, dear :)

THANK YOU FOR SUPPORTING CRAFT HUMMY LOVEY (n_n)