17 Sep 2014

Jenis Pillow Miko-miko di Hummy Lovey


Salam and hi all (n_n) Disebabkan ada beberapa kekeliruan yang melanda customer saya untuk mengenalpasti jenis miko-miko ini, maka saya pun buat entry ini untuk anda ya...:)

Jenis-jenis Pillow Miko-miko

1. Miko-miko Original (biasa)
Ini adalah design yang pertama sekali untuk miko-miko. Kalau nak order, korang boleh tukar warna dan nama pasangan ya.
Harga : Rm 55 sepasang (tak termasuk postage)



2. Wedding Miko-miko
Ini design yang sesuai untuk majlis perkahwinan / pertunangan dan anniversary perkahwinan / couple anda. Kalau nak order yang ini, anda boleh menukar tema warna dan nama pasangan saja, manakala design bajunya adalah tetap ya :)
Harga : Rm 65 sepasang (tak termasuk postage)



*perincian pada necklace miko-miko perempuan tu tidak tetap ya, ikut apa yang ada dalam stock saya masa tu :)

3. Wedding Miko-miko with Special Dress
Okay, design ini adalah lanjutan design wedding Miko-miko, yang mana kalau nak order, customer boleh request nak baju dia macam mana (tapi untuk miko-miko perempuan saja). Boleh juga tukar tema warna dan nama pasangan.
Harga : Rm 75 sepasang (tak termasuk postage)





4. The Career Miko-miko
Ini adalah siri miko-miko yang paling unik di mana anda boleh request miko-miko tu 'bekerja' sebagai apa. Contohnya, anda nak bagi miko-miko ni pada ibu anda yang merupakan seorang cikgu, jadi saya akan designkan miko-miko ni supaya bergaya seperti seorang cikgu.
Harga : Rm 100 - Rm 200 / pc (tak termasuk postage)

Ini customer order untuk kawan istimewa dia yang ambil course kulinari...so saya buat ala-ala chef..hehe (Rm200)

Ini pulak tentera darat ke ape ek saya dah lupa pulak. Haha :p (Rm150)

Ini pulak nurse dengan encik polis. Hehe :) (Rm300)

Haa...jadi itulah dia jenis-jenis miko-miko yang ada di Hummy Lovey ni ya. Berminat, boleh pm saya di FB Hummy Lovey (klik)

Terima kasih (n_n)


No comments: