16 Jun 2014

Thanx for remind me, my dear :)


Salam.

Saya mendapat satu komen daripada seseorang yang menggelar dirinya sebagai hamba Allah.

Yang mengingatkan saya tentang semua idea datang dari Allah, jadi jangan bongkak dengan idea tersebut..

Terima kasih kerana mengingatkan saya wahai hamba Allah. Saya menerima nasihat anda, lagi bagus kalau anda bagi back link untuk saya jejak anda dan ucapkan terima kasih :)

Sebenarnya, anda salah faham. Saya meletakkan ayat 'Semua idea dan gambar adalah hak milik saya, sesiapa yang tiru akan dikenakan tindakan' bukan untuk membongkak kan diri, saya menulis itu untuk mempertahankan hak saya ke atas idea tersebut. You know what's copyright means, dear?

Dan kalau saya bongkak, saya akan tulis macam ini,

"Semua ni idea aku, memang aku mengaku yang idea dan hasil kerja aku ni lah yang tercantik daripada crafter lain. Crafter lain semua buruk-buruk hasil dia. Tak cantik langsung okay~patutlah murah..."

See the different tak? Kalau tak, maksudnya anda mungkin yang meniru hasil kerja saya tu. Dan mungkin anda lah hamba Allah tersebut..Hehe..sekian terima kasih :)


p/s: kalau saya bersyukur, saya takkan tulis di dalam blog, sebab bersyukur kepada Allah, bukan kepada pembaca blog. Peace dear ;)




No comments: