13 Aug 2015

Koleksi Bantal Felt Terbaru Hummy Lovey

Salam and hi all (n_n)
Tadi ada orang email saya nak order pillow, tapi dia takut bisnes saya ni dah tak beroperasi lagi. Hihi, agaknya lama sangat saya tak update blog ni ek. Hehe (n_n) So, saya update ni saja untuk beritahu yang bisnes kraf Hummy Lovey ini masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini iaitu 13 Ogos 2015, dan In Shaa Allah, akan diteruskan sampai bila-bila selagi mampu :)

Jom tengok latest collection bantal felt daripada saya ni. Enjoy! :D

1. Single Miko-miko (Regular Size)

2. Bantal Peluk

3. Wedding Dress Pillow

4. Bantal Tunang

5. Character Pillow

6. ARCHER Craft Pillow (Clash Of Clans)

7. Mini Wishes Pillow

8. Single Miko-miko (Small Size)

4. Custom Rectangle Pillow

Haa tu lah diaa antara bantal handmade felt yang terbaru dari saya. Ada lagi satu produk tambahan iaitu;

Hanging Felt Wishes Card


Hanging Felt Wishes Card (with keychain ring)
Price: Rm 12/ pc
*jahitan tangan

Haa..okay itu saja. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila email saya di lynndamya@yahoo.com

ATAU PM saya di FB : Hummy Lovey


Terima kasih \(n_n)/

6 Jan 2015

Waiting List 2015

Salam semua (n_n)
Maafkan saya sebab lama gila tutup tempahan. Terasa banyak yang perlu difikirkan + kemalasan yang melanda. Jadi, sempena tahun baru ni, saya susun semula nama-nama customer yang dah buat tempahan untuk tahun 2015 ni.

Kepada yang dah pun order dan dah pun buat bayaran, mohon periksa nama anda, takut-takut saya terlepas pandang dan terlupa nak letak...sebab sejak akhir2 ni saya asyiklah terminum air yang dah bersemut T_T

Waiting List 2015

January
1. Solehin
(1pc : Special Request Pillow)
2. Diana Zaini
(2pcs : Doodle Pillow & Custom Love Pillow)
3. Yati Hashim
(2set of Wedding Dress Pillow) 

March
1. Fiqa Ramlee
(1pc : Custom Dude Pillow)
2. Shakirah Ishak*
(1pc : Doodle Pillow)

_______________________________________

Nama yang ditandakan * bermaksud 'pending order'.

Seterusnya, kepada sesiapa yang nak buat tempahan, sila PM saya di Facebook Page 'Hummy Lovey' ya. Dan maaf, saya hanya terima email melalui FB dan Email. Takde whatsapp.

Okay, itu saja terima kasih ya. (n_n)


17 Sept 2014

Jenis Pillow Miko-miko di Hummy Lovey


Salam and hi all (n_n) Disebabkan ada beberapa kekeliruan yang melanda customer saya untuk mengenalpasti jenis miko-miko ini, maka saya pun buat entry ini untuk anda ya...:)

Jenis-jenis Pillow Miko-miko

1. Miko-miko Original (biasa)
Ini adalah design yang pertama sekali untuk miko-miko. Kalau nak order, korang boleh tukar warna dan nama pasangan ya.
Harga : Rm 55 sepasang (tak termasuk postage)



2. Wedding Miko-miko
Ini design yang sesuai untuk majlis perkahwinan / pertunangan dan anniversary perkahwinan / couple anda. Kalau nak order yang ini, anda boleh menukar tema warna dan nama pasangan saja, manakala design bajunya adalah tetap ya :)
Harga : Rm 65 sepasang (tak termasuk postage)



*perincian pada necklace miko-miko perempuan tu tidak tetap ya, ikut apa yang ada dalam stock saya masa tu :)

3. Wedding Miko-miko with Special Dress
Okay, design ini adalah lanjutan design wedding Miko-miko, yang mana kalau nak order, customer boleh request nak baju dia macam mana (tapi untuk miko-miko perempuan saja). Boleh juga tukar tema warna dan nama pasangan.
Harga : Rm 75 sepasang (tak termasuk postage)





4. The Career Miko-miko
Ini adalah siri miko-miko yang paling unik di mana anda boleh request miko-miko tu 'bekerja' sebagai apa. Contohnya, anda nak bagi miko-miko ni pada ibu anda yang merupakan seorang cikgu, jadi saya akan designkan miko-miko ni supaya bergaya seperti seorang cikgu.
Harga : Rm 100 - Rm 200 / pc (tak termasuk postage)

Ini customer order untuk kawan istimewa dia yang ambil course kulinari...so saya buat ala-ala chef..hehe (Rm200)

Ini pulak tentera darat ke ape ek saya dah lupa pulak. Haha :p (Rm150)

Ini pulak nurse dengan encik polis. Hehe :) (Rm300)

Haa...jadi itulah dia jenis-jenis miko-miko yang ada di Hummy Lovey ni ya. Berminat, boleh pm saya di FB Hummy Lovey (klik)

Terima kasih (n_n)